Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN





JEPUN

Satu gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter menggegarkan Jepun dan amaran tsunami setinggi antara 4 – 6 meter dikeluarkan.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi kuat itu bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun pada pukul 2.15 petang.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 36.0 Utara longitud 141.2 Timur. 4078 km timur laut Kudat, Sabah.

Sementara itu menurut USGS gempa kuat itu dikesan dengan kekuatan 8.9 pada skala richter.

Laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi dijangka berlaku di pantai-pantai Labuan dan Sabah bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.









CALIFORNIA

Seorang dilaporkan terbunuh dan banyak bot di pelabuhan mengalami kerosakan di Amerika selepas tsunami ekoran gempa bumi terkuat dalam tempoh 140 tahun dengan kekuatan 8.9 skala richter menggegar Jepun pada 2.46 petang semalam.

Mangsa yang berumur 25 tahun itu dilaporkan terbunuh dibawa arus tsunami dalam cubaannya untuk merakamkan kejadian tsunami yang tiba di pantai California lapor CNN.

Sementara itu tsunami melanda kepulauan Hawai pada jam 3.07 a.m pada Jumaat (8.07 am E.T) kurang lapan jam selepas tsunami membadai pesisir pantai Jepun yang mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa.

Lebih 1,000 mangsa dikhuatiri terbunuh dan kini pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi sehingga menyebabkan tsunami.

Sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.

Lebih tiga kejadian gempa bumi susulan melebihi 6 skala richter dan lebih sepuluh gempa pada 5 skala richter melanda kepulauan Honshu Jepun dalam tempoh 5 jam tadi.

TAKZIAH...FOR JAPAN


No comments:

Post a Comment