Tuesday, April 12, 2011

HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT

Ertinya:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
H.R. Muslim

Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Monday, April 4, 2011

CIKGU AMBIL NYAWA

ZIARAH..guru serta rakan kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam,Kangar,petang semalam

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian muridnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Siasat Dulu Kesahihan Berita - Mufti Senada



Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan).

Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

‘Jangan terpalit, terikut-ikut’

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Sementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

“Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

“Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,” katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.

“Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala “politik selak kain” yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu),” katanya.

Kod etika dalam Islam

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang.

Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan.

“Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat.

“Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan.

“Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh,” katanya.

Sosok, Lenggok Ternyata Bukan Anwar - Nik Nazmi

www.anwaribrahim.com


DATO'SERI ANWAR IBRAHIM


Dari KeadilanDaily (04 /04/2011)

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

“Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar,”

“Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik,” jelas beliau dalam satu respon segera yang dihantar kepada Keadilandaily petang ini.

Beliau mengulas tindakan Umno, melalui blogger mereka yang memuat turun rakaman tersebut di laman You Tube hari ini.

Menurut Nik Nazmi, jelas sekali tayang video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak.

Justeru itu beliau mengemukakan enam persoalan asas yang masih belum terjawab berhubung video fitnah tersebut:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato’ T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan
ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan politik fitnah, kotor dan keji yang dibawa Umno- Barisan Nasional.

“Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

“Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama,” ujar beliau.

Saturday, March 26, 2011

JOM MASUK POLI

MAKLUMAT KEPADA CALON
(LEPASAN SPM/SETARAF)
TARIKH PERMOHONAN : 10 JANUARI 2011 - 04 APRIL 2011
SEBELUM
MEMBUAT PERMOHONAN
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.

    Sila klik disini untuk panduan mengisi borang
  • Sila kenalpasti Kategori Anda

  • Kategori
    Keterangan
    Kategori A
    Pemohon Lepasan SPM 2010
    Kategori B
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau 2008
    Kategori C
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.
    Sila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON. (KLIK DI SINI) Bagi calon yang berminat mengikuti program di IPTA, kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih. (KLIK DI SINI) Bagi calon yang berminat mengikuti kursus di Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), kenalpasti kursus yang bakal anda pilih. (KLIK DI SINI)
SEMASA
MEMBUAT PERMOHONAN
  • Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan teliti dan tepat
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi memastikan borang selamat diterima oleh sistem.
SELEPAS
MEMBUAT PERMOHONAN
  • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
  • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 04 APRIL 2011.
  • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.

Friday, March 25, 2011

Terkini Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur





KUALA LUMPUR, - Perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar diketuai Karpal Singhmanakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan. Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim. Semalam, pakar bedah Am itu, yang memeriksa Saiful untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong.". Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagimendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal. Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu. Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan. Katanya,kredibeliti saksi pakar amat bergantung pada nota tersebut.

Karpal Dedah Bukti Testimoni Saksi Bercanggah

Sementara itu, Peguam Anwar Karpal Singh (foto),berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan. Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu. Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya. Yusof mempertahankan bahawa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya. Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan. Yusof berkata, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut.Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar). Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah. Beliau mengingatkan bahawa menjaditanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar. Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan berkenaan.

Perbicaraan yang semakin hari semakin meragukan sebenarnya. Kenapa perlu takut untuk mendedahkan laporan perubatan yang asal selepas merawat Saiful?. Ramai yang khuatir laporan yang dibuat selepas itu telah diubah untuk menafikan kebenaran yang sebenar. Inilah yang paling ditakuti sebenarnya. Jika tidak kenapa pendakwaraya cuba menghalang laporan tersebut didedahkan?. Apakah ianya sudah hilang atau dihilangkan. Atau ada orang sengaja menghilangkannya bagi menghilangkan bukti bahawa tiada kes untuk membuktikan Saiful diliwat oleh sesiapa. Semua ini, nyata menimbulkan syak dikalangan rakyat sebenarnya. Perbicaraan yang tidak telus menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman itu sendiri. Oleh itu, mahkamah harus berlaku adil kepada semua pihak dan tidak meragukan fakta.

Anwar Says Sex Video Shows Umno’s Evil Politics


KUALA LUMPUR, March 25 — Datuk Seri Anwar Ibrahim moved to turn the tables on Umno last night, claiming Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik’s involvement in the video allegedly of the opposition leader reflected Umno’s willingness to resort to “disgusting and evil” politics.

“Who planned this? Rahim Thamby Chik. Does Umno have no one else more credible?” he said, referring to the former Umno Youth chief who had to resign as Malacca chief minister after being hit by allegations of statutory rape.

Anwar told a majority Muslim crowd of about 400 who had turned up at his residence in Segambut for a night of prayer and sermons that the story of the mysterious “Datuk T” had changed since the 21-minute video first surfaced on Monday.

“In the first day, Umno thought that we were finished. But now that Rahim Thamby Chik’s involvement has come to light, we can see that the video has no credibility,” the PKR de facto leader said.

Abdul Rahim and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah had claimed responsibility for the sex video on Wednesday after PKR’s Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul said that he had been shown the video by the duo on Monday.

Rahim had said that along with Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim, he and Shazryl had produced the video to show that “a person who wants to be national leader and PM... was not qualified.”

Johari also accused Abdul Rahim and Shazryl of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.

Abdul Rahim said instead that it was Johari who had demanded money to defect after the latter was shown the video.

PKR has also claimed that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had met the trio involved in the sex video in Parliament on Wednesday and called on the Umno president to explain himself.

Anwar also questioned last night how the police have not arrested the “Datuk T” trio despite clearly committing an offence by screening pornography.

The Permatang Pauh MP added that his ongoing sodomy trial was rife with inconsistencies in terms of the DNA evidence available and also whether there was any penetration of his accuser Mohd Saiful Bukhari Azlan’s anus.

Anwar, who is seen as the glue that binds Pakatan Rakyat (PR), has played a key role in forming a viable opposition coalition in the run-up to the landmark 2008 general election when the three main opposition parties denied BN its traditional two-thirds control of Parliament.

The fledgling three-party coalition also won control over four other states — Kedah, Penang, Perak and Selangor — in addition to maintaining Kelantan in the 12th General Election.

A former deputy prime minister from 1993 to 1998, Anwar filed a police report on Tuesday denying he was the man recorded.

The father of six has accused Najib and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein of being involved in the video-recording, which Anwar said was an attack on him and PR.

KEUPAYAANNYA DIRAGUI???

DATUK Lee Chong Wei mungkin harapan terbaik bagi menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012 tapi pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim tetap meragui keupayaan jaguh perseorangan badminton negara itu pada temasya yang berlangsung di London itu.

Bagi beliau, walaupun Chong Wei dianggap banyak pihak sebagai pemain terbaik negara pernah dilahirkan ketika ini, aksi kurang konsisten pemain berasal dari Pulau Pinang itu pada saingan antarabangsa mencetuskan kerisauan sekali gus mungkin tidak dapat memenuhi harapan menggunung rakyat Malaysia yang mengharapkan sebutir pingat emas daripadanya.

Bukan memperkecilkan kemampuan pemain perseorangan nombor satu dunia itu, sebaliknya Kay Kim berasa Chong Wei belum mencapai tahap seperti legenda badminton negara, Wong Peng Soon mahupun Eddy Choong yang sentiasa konsisten dan meraih banyak kejayaan semasa zaman kegemilangan mereka.

Begitupun, beliau mengakui kontinjen negara tiada pilihan lain selain mengharapkan Chong Wei untuk merangkul pingat emas berbanding tiga sandaran utama lain iaitu Mohd Azizulhasni Awang (basikal), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

“Saya akui badminton saja ada peluang meraih pingat emas.

“Bagaimanapun, sama ada Chong Wei mampu atau tak (memenangi pingat emas), saya tidak mempunyai jawapan.

“Cuma yang saya lihat prestasi Chong Wei sentiasa terumbang-ambing. Kadangkala tiba-tiba saja boleh kalah, kadangkala menang.

“Contohnya, kalau hari ini boleh menang dengan Lin Dan, esok tiba-tiba saja prestasinya berubah dengan kalah kepada lawan lain seperti Taufik Hidayat. Wataknya tidak sama seperti Peng Soon atau Eddy,” katanya.





Ditanya peluang skuad negara meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik selepas beliau berpendapat sebegitu, Kay Kim sekadar berkata: “Susah tapi tak mustahil.” Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi sebelum ini menyatakan peluang terbaik negara memenangi pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu adalah melalui Chong Wei selain menganggap peluang Mohd Azizulhasni mungkin sedikit sukar kerana dibayangi pelumba tuan rumah, Chris Hoy.

Mengulas keupayaan jaguh lumba basikal negara itu, Kay Kim senada dengan Kok Chi namun menegaskan, andai Mohd Azizulhasni menampilkan semangat luar biasa seperti ketika ditimpa kemalangan pada siri Kejohanan Piala Dunia di Manchester, Februari lalu, tidak mustahil dia mampu melakar sejarah.

“Dia sangat luar biasa. Kalau boleh semangat itu juga dipamerkan ketika beraksi di Sukan Olimpik,” katanya.

Monday, March 21, 2011

TRANSMISSION AUTOMATIC SYSTEM

Pengenalan

Penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual. Kebanyakan model kereta yang dijual di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan baru-baru ini di Malaysia menggunakan penghantaran automatik.

Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa, mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa, pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

Secara lazimnya, penghantaran automatik merujuk kepada sistem yang menggunakan set gear planetari dan dikendalikan oleh sistem hidraulik. Sistem tersebut banyak digunakan pada kereta (dan sebahagian kecil kenderaan berat) yang menggunakan penghantaran automatik. Jenis-jenis lain bagi penghantaran automatik termasuklah penghantaran automasi manual (AMT) seperti yang digunakan oleh kereta Proton Savvy, serta transmisi boleh laras berterusan (CVT) yang banyak digunakan pada skuter dan sesetengah model kereta.

Bagaimana penghantaran automatik berfungsi ???

Bahagian utama kotak gear automatik adalah seperti berikut :

  1. Penukar kilasan (torque converter) - mengambil alih tugas klac bagi penghantaran manual serta menghasilkan sedikit gelinciran bagi membolehkan enjin terus beroperasi tanpa terhenti akibat putaran enjin yang rendah, seperti semasa mengundur ataupun mula bergerak dalam gear 1.
  2. Set gear planetari - set gear planetari majmuk dengan klac dan jalur brek dikendalikan oleh servo hidraulik hasil aktiviti sistem hidraulik pada badan injap, menghasilkan beberapa nisbah gear termasuk gear undur.
  3. Badan injap - pusat kawalan sistem hidraulik yang menerima bendalir penghantaran automatik (ATF) bertekanan tinggi daripada pam utama yang digerakkan oleh penukar kilasan. Tekanan bendalir ATF seterusnya menggerakkan keseluruhan sistem hidraulik yang terdiri daripada sejumlah injap, bebola kawalan, omboh servo, dsb. Sebarang perubahan pada kelajuan enjin, kelajuan kenderaan dan kedudukan injak pendikit mempengaruhi operasi sistem hidraulik, menyebabkan sistem hidraulik menukar gear bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Kini, kebanyakan kotak gear automatik moden dikendalikan secara elektronik, menjadikan rekabentuk badan injap dipermudahkan serta menambah baik kecekapan operasi penghantaran automatik.
  4. Bendalir penghantaran automatik (ATF) - ATF digunakan sebagai bendalir bahantara bagi sistem hidraulik pada penghantaran automatik serta melincirkan komponen-komponen dalaman kotak gear. Bendalir ATF perlu diperiksa atau ditukar secara berkala.


Penghantaran automatik memanipulasikan pergerakan set gear planetari (sama ada menahan, membebaskan atau menggabungkan pergerakan komponen gear) bagi menghasilkan beberapa nisbah gear. Set gear planetari dimanipulasi melalui beberapa klac berbilang plat ( klac tersebut adalah untuk menukar gear dan bukannya berfungsi seperti klac penghantaran manual ) dan jalur brek, yang dikendalikan oleh satu sistem hidraulik. Sistem hidraulik tersebut menggunakan bendalir penghantaran automatik (ATF) dan bertindak berdasarkan maklum balas berkaitan kelajuan enjin, kelajuan kenderaan, kedudukan injak pendikit serta kedudukan tombol gear.

Di dalam penghantaran manual, klac digunakan untuk memutus atau menyambungkan kuasa dari enjin semasa menukar gear serta menghasilkan gelinciran semasa mula bergerak dari gear 1 atau semasa mengundur untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat putaran enjin yang terlalu rendah. Namun demikian, tugas tersebut diambil alih oleh penukar kilasan(torque converter) yang juga menggunakan bendalir ATF. Oleh itu, injak klac tidak terdapat pada penghantaran automatik.

Mod Penghantaran Automatik

Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kanan ataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.

Mod penghantaran automatik adalah seperti berikut:-

  1. P (Park) - Membebaskan gear seperti posisi N (neutral), serta mengunci penghantaran supaya kenderaan tidak boleh bergerak. Mod ini digunakan ketika meletak kereta serta hanya boleh digunakan semasa kenderaan tidak bergerak supaya tidak mengakibatkan kerosakan. Sesetengah kereta memerlukan pemandu untuk menggunakan brek kaki semasa menukar gear dari P ke posisi lain.
  2. R (Reverse) - Untuk mengundur kenderaan. Seperti posisi P, pemandu mesti berhenti terlebih dahulu sebelum menukar ke posisi R untuk mengelak kerosakan pada kotak gear.
  3. N (Neutral) - Membebaskan gear dan tidak mengunci penghantaran.
  4. D (Drive) - Membolehkan kenderaan bergerak ke hadapan. Di dalam mod ini, kotak gear akan menukar gear secara automatik pada semua gear kelajuan, sama ada 3, 4, 5 dan seterusnya. Bilangan gear automatik tertinggi ialah 8 pada beberapa model terbaru kereta Lexus. Sesetengah gear automatik 4 kelajuan mempunyai suis OD (overdrive), maka dalam posisi D, gear 4 hanya dapat ditukar apabila suis OD dihidupkan dan penukaran gear hanya terhad sehingga gear 3 apabila suis tersebut dimatikan.
  5. 3/D3 - Sama seperti D tetapi penukaran gear hanya terhad sehingga gear 3 sahaja. Berguna semasa melalui jalan raya pergunungan yang curam.
  6. 2/S (Second) - Sama seperti D, tetapi penukaran gear terhad sehingga gear 2 sahaja. Berguna semasa melalui jalan raya pergunungan yang sangat curam serta bagi pemanduan musim sejuk.
  7. 1/L (Low) - Kenderaan hanya boleh bergerak dalam gear 1 sahaja. Berguna semasa pemanduan musim sejuk serta semasa menunda kenderaan lain.

Kawalan Manual Oleh Pemandu

Sungguhpun penghantaran automatik menukar gear secara automatik tanpa kawalan pemandu, namun pemandu masih boleh mengawal operasi penghantaran manual dalam beberapa bentuk seperti berikut:-

  1. Kawalan injak pendikit - Kotak gear automatik akan menukar gear yang lebih rendah secara automatik sekiranya injak pendikit dipijak dengan kuat, berfungsi pada kelajuan tertentu untuk mengelakkan kerosakan enjin akibat lebihan putaran.
  2. Suis pemilih mod - Sesetengah model kereta penghantaran automatik turut dilengkapi suis mod pemanduan, sama ada Economy ataupun Power. Di dalam mod Economy, gear ditukar pada kelajuan enjin yang agak rendah, tetapi pada mod Power pula penukaran gear dilengahkan untuk pecutan maksimum.
  3. Pilihan gear rendah - Kebanyakan kotak gear automatik mempunyai pilihan yang membolehkan pemandu mengehadkan tukaran gear pada bilangan gear tertentu sahaja, berguna semasa pemanduan di kawasan pergunungan yang perlu bergantung pada "brek enjin" bagi pemanduan yang selamat.
  4. Kawalan manual - Sesetengah model kereta penghantaran automatik kawalan elektronik (ECT) menawarkan mod manual bagi membolehkan pemandu menukar gear secara manual tetapi tanpa penggunaan klac. Mod tersebut boleh dicapai sama ada dengan menggerakkan tombol gear ke posisi M (Manual) ataupun dengan menekan butang. Penukaran gear secara manual dapat dilakukan sama ada menggunakan tombol gear ataupun menggunakan butang, bergantung kepada model kereta tersebut.

FAKTA MENARIK

“Mercedes-Benz SLR McLaren adalah kereta penghantaran automatik terpantas di dunia. Digerakkan oleh enjin 5.4L V8 dengan pengecas super serta menggunakan penghantaran automatik 5 kelajuan, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 334 km/j.”


Transmisi boleh laras berterusan

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan


Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan
  • CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  • CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
  • Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana transmisi automatik konvensional, kecuali pada kereta.
Kelemahan
  • Kebanyakan kereta CVT terawal mempunyai prestasi mengecewakan. Model Ford Fiesta 1.1 CTX asal misalnya, menggunakan 8.2 peratus lebih petroldaripada versi transmisi manual dalam pemanduan bandar
  • CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, "kejutan gear" boleh ditiru oleh perisian kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih.
  • Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.
  • Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.
  • Sebagai mana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.

Jenis sistem CVT
Terdapat beberapa jenis sistem CVT, antaranya :
  • Takal diameter boleh laras (VDP)
  • Toroidal (berasaskan penggelek)
  • Transmisi boleh laras tak terhingga