Saturday, March 12, 2011

SKUAD KENARI MENCATAT KEMENANGAN KE 2


Alor Star,13 March 2011- Setelah sekian lama dibelenggu dengan aksi yang tidak konsisten pada perlawanan yang lepas serta masalah berkaitan dengan ketua jurulatihnya Hj.Ahmad Yusof.Kini pihak pengurusan telah mengambil Radhi Mat Din sebagai ketua jurulatih sementara.Pasukan Kedah telah berjaya menundukkan pasukan yang telah berbelanja besar pada musim ini iaitu pasukan dari pantai timur,terengganu.

Skuad Kenari telah berjaya mengalahkan Skuad Penyu dengan jaringan tipis 2 -1 di Stadium Darul Aman.Khyril Muhymeen telah mencatat nama sebagai penjaring gol untuk pasukan kedah,untuk memberikan kedah mendahului dengan satu gol didepan.gol kedua dijaringkan oleh pemain baru kedah iaitu Firdaus,yang juga bekas pemain terengganu pada musim lalu.Skuad Kedah perlu meneruskan aksi ini untuk terus berada dalam kelompok 4 terbaik Liga Super.Ayuh semua penyokong Kedah,sama-sama kita beri sokongan kepada pasukan kesayangan kita.biar jasa jadi kenangan..

                                                              PULUN KEDAH PULUN

No comments:

Post a Comment